Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix gagal capai jangkaan pasaran

    SAN FRANCISCO, 22 OKT – Saham Netflix jatuh kelmarin selepas gergasi televisyen penstriman itu melaporkan keuntungan suku tahunan yang gagal mencapai jangkaan pasaran.

    Netflix mencatat keuntungan sebanyak AS$2.5 bilion daripada pendapatan AS$11.5 bilion dalam suku yang baru berakhir, dengan menyatakan ia terjejas oleh perbelanjaan AS$619 juta akibat pertikaian berterusan dengan pihak berkuasa cukai Brazil.

    Eksekutif Netflix memberitahu penganalisis kewangan dalam satu mesyuarat keuntungan bahawa sekiranya tiada kos tinggi di Brazil, ia sebenarnya telah melebihi ramalan margin operasi suku berkenaan.

    “Ia bukan cukai pendapatan; ia adalah kos menjalankan perniagaan di Brazil,” kata Ketua Pegawai Kewangan Netflix, Spencer Neumann.

    “Ia juga bukan khusus kepada penstriman, jadi kami menganggap syarikat lain juga akan terjejas oleh perkara ini.”

    Menurut Neumann, satu keputusan mahkamah baru-baru ini yang melibatkan syarikat lain yang berniaga di Brazil meningkatkan kemungkinan Netflix terpaksa menanggung perbelanjaan tersebut, justeru ia dicatatkan dalam suku yang baru berakhir.

    Saham Netflix jatuh lebih daripada enam peratus kepada kurang daripada AS$1,163 dalam dagangan selepas pasaran yang menyusuli pengumuman angka keuntungan itu. – AFP

    Logo Netflix kelihatan di atas bangunan pejabat mereka di Hollywood, California, 2 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda