NEW YORK, 22 OKT – Syarikat Netflix kelmarin laporkan peningkatan 17 peratus dalam pendapatan suku ketiga kepada AS$11.5 bilion, selari dengan ramalan sendiri syarikat tersebut.
Netflix turut menyatakan ia mencatatkan suku terbaik dalam sejarah bagi jualan iklan.
“Kami menamatkan tahun ini dengan momentum yang baik dan mempunyai senarai kandungan suku keempat yang menarik,” menurut syarikat itu.
Walau bagaimanapun, pendapatan bersihnya yang meningkat sekitar lapan peratus kepada AS$2.5 bilion, adalah di bawah unjuran.
Netflix tidak mendedahkan angka khusus bilangan pelanggan dalam laporannya.
Saham Netflix menurun lebih daripada enam peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran berikuan laporan itu.- Bernama


