Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix perluas tindakan keras perkongsian kata laluan

    SAN FRANCISCO, 24 MEI – Netflix telah memperluaskan tindakan kerasnya terhadap perkongsian kata laluan ke Amerika Syarikat dan lebih 100 negara lain, kelmarin, memaklumkan pengguna bahawa akaun mereka tidak boleh dikongsi secara percuma di luar rumah mereka.

    “Akaun Netflix adalah untuk digunakan oleh satu isi rumah,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Awal tahun ini, Netflix berkata bahawa lebih daripada 100 juta isi rumah telah membekalkan kelayakan log masuk mereka kepada rakan dan keluarga di luar rumah mereka, “menjejaskan keupayaan kami untuk melabur dalam TV dan filem baharu yang hebat”.

    Syarikat itu telah membuat eksperimen dalam beberapa pasaran dengan akaun ‘peminjam’ atau ‘kongsi’, di mana pelanggan boleh menambah pengguna tambahan untuk harga yang lebih tinggi atau memindahkan profil tontonan ke akaun berasingan. – AFP

    Netflix memaklumkan pengguna bahawa akaun mereka tidak boleh dikongsi secara percuma di luar rumah mereka. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda