Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix peroleh studio permainan video pertama

    SAN FRANCISCO, 29 SEPT – Nefflix telah mengumumkan pemerolehan studio permainan video pertama, ketika syarikat penstriman gergasi itu mengembangkan empayar hiburan dengan menceburi sektor permainan yang menguntungkan.

    Syarikat itu mengumumkan semalam bahawa ia telah membeli Studio NIght School yang berpangkalan di California, lebih dikenali sebagai pencipta permainan seram Oxenfree.

    Netflix telah menyatakan hasratnya untuk menceburi bidang permainan video pada Julai, menumpu pada permainan popular berdasarkan jalan cerita siri televisyen popular.

    Syarikat berkata ‘keunggulan artistik dan rekod kejayaan Night School menjadikan mereka rakan yang terbaik ketika kami membangunkan bakat kreatif dan koleksi permainan Netflix bersama.’

    Pengasas Night School Sean Krankel berkata dalam satu hantaran bahawa ia merupakan satu ‘penghormatan’ untuk menjadi pencipta permainan pertama yang akan menyertai Netflix.

    “Netflix memberikan penerbit filem, televisyen dan sekarang permainan satu kanvas untuk mencipta dan memberikan hiburan terbaik kepada jutaan orang,” tulis beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda