Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netflix rancang bina studio penerbitan AS$900 juta

    NEW JERSEY, 22 DIS – Netflix berkata semalam ia merancang membina studio penerbitan canggih di bekas tapak pangkalan tentera di Jersey Shore yang akan menelan kos berjumlah lebih AS$900 juta, selain mewujudkan ribuan pekerjaan.

    Syarikat langganan penstriman video itu akan membayar AS$55 juta untuk tapak seluas 292 ekar di bekas pangkalan tentera Fort Monmouth di Eatontown dan Oceanport.

    Syarikat yang berpangkalan di California itu merancang melabur AS$848 juta tambahan dalam 12 peringkat bunyi dan kegunaan lain berkaitan dengan industri perfileman.

    “Kami gembira kerana dapat mengembangkan pelaburan kami di New Jersey dan Amerika Utara,” kata Ted Sarandos, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kandungan Netflix.

    “Kami percaya studio Netflix boleh merangsang ekonomi tempatan dengan ribuan pekerjaan baharu dan berbilion lagi dalam keluaran ekonomi, sementara mewujudkan ekosistem penerbitan yang kukuh di New Jersey.”

    Beliau juga berkata projek itu akan mewujudkan perumahan baharu, hotel dan perniagaan berkaitan filem di kawasan berkenaan, yang terkesan sejak tentera menutup pangkalan pada 2011.

    Projek itu dijangka siap dalam dua fasa dalam tempoh beberapa tahun. – AP

    Logo Netflix kelihatan di alat kawalan jauh Portland, Oregon. Netflix berkata ia merancang membina studio penerbitan canggih di Jersey Shore pada kos AS$900 juta. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda