Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Netizen kritik penampilan anak Iwan

    PASTI ramai mengenali Raja Dangdut Indonesia, yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan dan berunsurkan agama.

    Perkahwinan pertamanya bersama pelakon popular 80an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Ramada Putera, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa dua anak perempuan penyanyi itu yang dikenali sebagai Oktavia dan Apreena Manrose, kini meneruskan legasi kedua ibu bapanya itu sebagai penggiat anak seni.

    Terbaharu, Aprena Manrose berkongsi gambarnya bersama bapanya itu di Instagram, namun perkongsiannya itu mencetuskan reaksi negatif di kalangan netizen dengan mempersoalkan penampilan Aprena yang tidak bertudung serta mewarnakan rambutnya sedangkan bapanya adalah seorang alim dan berserban. Segelintir komen yang ditinggalkan netizen berbaur agak kasar untuk diba-ca oleh orang lain.

    “Kasihan Iwan, kena heret dengan anak sendiri ke neraka sebab tidak menjaga auratnya,” memetik salah satu komen yang ditulis pengikutnya. Sekalipun pengikutnya itu hanya sekadar mahu menegur, namun komen tersebut dilihat sebagai salah oleh sesetengah individu yang lain.

    “Hendak menegur tidak salah, tetapi ada cara lebih berhemah agar tidak mengguris hati sesiapa,” balas salah seorang pengikutnya. Perbalahan yang berlaku di kalangan pengikutnya itu tidak menyaksikan sebarang komen balas daripada anak penyanyi itu sendiri.

    Apapun, diharap pelakon yang bakal muncul dengan filem Jodoh Syaitan itu tenang-tenang sahaja dan menganggap setiap kritikan sebagai satu pengajaran yang mampu mendewasakannya kelak. – Agensi

    Apreena Manrose bergambar bersama ayahnya, Iwan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda