LOS ANGELES, 28 APRIL – Kevin Durant dan Kyrie Irving bergabung untuk meraih 26 mata ketika Brooklyn Nets menjadi pasukan pertama Eastern Conference yang menempa tiket ke perlawanan playoff mereka kelmarin selepas mencatatkan kemenangan 116-103 ke atas Toronto Raptors.
Nets mengatasi defisit enam mata dengan baki kurang dari 10 minit pada suku akhir untuk meraih kemenangan yang menjadikan mereka berada di kedudukan teratas perlawanan dengan 42 kemenangan dan 20 kekalahan.
Durant mencatatkan 10 rebound, empat assist dan dua blocks, sementara Irving meraih sembilan mata. Jeff Green menerajui Brooklyn dengan 22 mata manakala Blake Griffin mencatatkan satu lagi prestasi yang baik dengan 17 mata dalam tempoh 22 minit di gelanggang. Joe Harris memperoleh 16 mata sementara Landry Shamet meraih 14 mata.
Kyle Lowry dari Toronto mendahului jaringan mata untuk juara NBA 2019 dengan 24 mata sementara OG Anunoby memperoleh 21 mata.
Jurulatih Nets, Steve Nash memuji aksi pasukannya kerana berjaya menempa tempat di playoff walaupun mengalami kecederaan yang menghalang tiga pemain utama mereka iaitu Durant, James Harden dan Irving untuk beraksi bersama secara berkala musim ini.
“Kami sentiasa mencari peluang untuk meraih kemenangan dan langkah pertama kami membuahkan hasil,” kata Nash.
“Untuk kumpulan ini, menghadapi semua yang kami hadapi semasa berada di posisi ini dengan 10 permainan tersisa adalah sesuatu yang memberangsangkan.”
Nash dalam pada itu juga me muji aksi Griffin kerana mencatatkan kemenangan penting meraih 17 mata.
“Dia seorang yang hebat dan kini menjadi pemain harapan buat pasukannya,” tambahnya. – AFP
