BERLIN, 22 SEPT – Kapten Jerman Manuel Neuer dan pemain tengah Leon Goretzka telah diketepikan daripada pertembungan Liga Negara akan datang apabila pasukan Jerman bakal menentang Hungary dan England selepas merekodkan ujian positif COVID.
Berita itu disahkan oleh pasukan Jerman di Frankfurt pada Rabu, ketika skuad itu sedang menjalani latihan.
Pemain tersebut, yang merupakan rakan sepasukan di Bayern Munich, telah meninggalkan kem dan tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana perlawanan yang akan datang.
Penjaga gol Hoffenheim, Oliver Baumann telah dipanggil untuk menggantikan Neuer, manakala kapten Wolfsburg, Maximilian Arnold telah dilantik pada petang Rabu untuk menggantikan Goretzka.
Pemain tengah Borussia Dortmund Julian Brandt juga meninggalkan kem Jerman pada Rabu kerana mengalami simptom seperti selesema, tetapi telah diuji negatif untuk virus itu.

Pengurusan Jerman masih belum menyatakan sama ada pemain Jerman itu akan digantikan menjelang dua perlawanan Liga Negara.
Tabloid Bild melaporkan ujian COVID dijalankan kerana ujian positif kerana kontak rapat dengan salah seorang pemain.
Neuer dan Goretzka diuji negatif pada Isnin apabila mereka memasuki kem.
Jerman menduduki tempat kedua di belakang Hungary dalam kumpulan Liga Negara, dengan satu kemenangan dan tiga seri daripada empat perlawanan.
England berada di kedudakan tercorot kumpulan dengan dua seri dan dua kekalahan, hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan. – AFP