Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neuer kembali beraksi

    BERLIN, 30 Mei – Kapten dan penjaga gawang Jerman Manuel Neuer akan kembali bagi aksi antarabangsa pada aksi pemanas badan Piala Dunia menentang Austria selepas lebih lapan bulan berada di bangku simpanan setelah mengalami keretakan kaki.

    “Manuel akan beraksi, tiada siapa dapat menghalangnya,” kata jurulatih penjaga gawang Andreas Koepke dari tapak latihan Jerman di Eppan, Itali.

    “Ini adalah saingan yang diperlukannya, ia adalah satu ujian sebenar. Selepas itu, semuanya akan bergantung pada kami bahawa semuanya baik-baik saja.”

    Jurulatih Jerman Joachim Loew telah berkata bahawa Neuer hanya akan berkunjung ke Rusia pada Piala Dunia yang bermula 14 Jun hingga 15 Julai sebagai penjaga gawang nombor satu.

    Loew telah membawa 27 pemain ke kem latihan termasuk empat penjaga gawang bersama empat lagi bakal dikurangkan kepada skuad 23 orang secara rasmi untuk dihantar kepada FIFA, Isnin depan.

    Neuer mendakap bola ketika menjalani sesi latihan di pusat latihan Rungghof di Girlan, berdekatan Bolzano, utara Itali pada 24 Mei lalu. – AFP

    Neuer, 32, beraksi buat pertama kali sejak cedera pada Isnin, beraksi 30 minit dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman di bawah 20 penjuru. Dia akan mengulangi aksi bersama pasukan lawan yang sama hari ini.

    “Nuer memerlukan perlawanan ini untuk kekal cergas 100 peratus sekali lagi. Mereka akan membantunya mendapatkan keyakinannya semula,” kara Koepke.

    Pembantu jurulatih itu menambah: “Dalam latihan, anda tidak akan dapat melihat sebarang perbezaan (bersama Neuer), dia seolah-olah tidak pernah berehat.”

    Sekiranya Neuer kembali, penjaga gawang Barcelona Marc-Andre ter Stegen akan mendapati dirinya diletakkan di bangku simpanan selepas setahun mengisi nombor satu.

    “Dia tahu akan situasi ini,” kata Koepke mengenai Ter Stegen, di mana dia dan Loew telah berbincang mengenai isu pemilihan bagi potensi itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda