Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neuer mahu Bayern kembalikan rentak

    BERLIN, 3 Feb – Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer (gambar) memberi amaran kepada pendahulu Bundesliga, Bayern Munich bahawa mereka perlu mendapatkan semula rentak terbaik mereka menjelang perlawanan menentang Schalke Sabtu ini selepas dua perlawanan yang kurang memberangsangkan dalam tahun 2017.

    Bayern kelihatan dengan susah payah memperoleh kemenangan 2-1 dalam dua perlawanan menentang Freiburg dan Werder Bremen untuk kekal tiga mata di depan RB Leipzig.

    Skuad Carlo Ancelotti gagal menyerang dengan berkesan sejak membelasah Leipzig 3-0 di laman sendiri Disember lepas.

    Neuer berkata gergasi Bavaria itu perlu meningkatkan prestasi mereka sebelum pertembungan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Arsenal dalam masa dua minggu, bermula dengan menentang bekas kelabnya, Schalke, yang kini menduduki tangga ke-11 Bundesliga.

    “Kami tahu kami mempunyai beberapa perlawanan penting menunggu,” kata Neuer.

    “Kami berazam tinggi untuk bermain bola sepak terbaik dan mahu menunjukkannya dalam perlawanan pertama kami di laman sendiri tahun ini.”

    Schalke bergelut dalam permainan mereka, dengan hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan, menyebabkan jurulatih Markus Weinzierl di bawah tekanan.

    “Schalke berdiri dengan dinding di belakang mereka. Ini adalah perlawanan bahaya, dari pandangan Schalke, kemenangan ke atas Bayern akan menjadikan banyak perkara menjadi bagus semula,” tegas Neuer.

    Bayern mungkin berdepan dengan pertahanan mereka, Holger Badstuber, yang dipinjamkan ke Schalke, tetapi sejauh ini dia ditempatkan di bangku simpanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda