BEIJING, 22 MEI – Bertemakan ‘Elektrifikasi’, Pameran Permotoran Barcelona ke-42 yang melabuhkan tirainya kelmarin setelah berlangsung selama 11 hari berjaya menarik kehadiran lebih 300,000 pedagang dan pengunjung.
Pada edisi kali ini, pameran yang bersejarah lebih 100 tahun sejak pertama kali diadakan pada tahun 1919 itu, menyaksikan lebih 30 jenama kereta antarabangsa mempamerkan 14 model baharu yang membuat debut di Sepanyol.
Difahamkan, banyak jenama terkenal mengetengahkan model kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan model NEV dari China mendapat sambutan hangat susulan kecemerlangan prestasi, reka bentuk yang cantik dan harga yang kompetitif.
Seorang pengunjung tempatan, Vaclav, yang kali pertama melawat Pameran Permotoran Barcelona dan berhasrat untuk membeli kereta elektrik buatan China berkata: ‘Saya berminat untuk membelinya kerana harganya sangat kompetitif dan dilengkapi dengan teknologi termaju’.
Pada masa sama, beberapa pengedar antarabangsa juga menjadikan NEV buatan China sebagai tumpuan utama.
Selain membawa jenama NEV China ke pasaran antarabangsa, mereka juga bekerjasama dengan pengeluar China untuk mengeluarkan kereta atau membeli alat ganti.
Seorang pengedar kereta dari Sepanyol, Jose Cabesa, berpendapat produk yang dihasilkan di China mempunyai kualiti baik dan harga yang rendah. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/05/P14-NEV-China_23052023-1.jpg)