Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nevada luluskan sukan tinju, UFC

    LOS ANGELES, 28 MEI – Sukan tinju bakal kembali ke Las Vegas bulan hadapan selepas Pesuruhjaya Atletik Negeri Nevada telah memberi kebenaran untuk menyambung semula sukan pertarungan di negeri itu kelmarin.

    Ketua-ketua Nevada telah membenarkan dua pertarungan tinju pada bulan Jun yang mana ia akan diadakan oleh promoter, Top Rank dan dua pertarungan Ultimate Fighting Championship.
    Perlawanan-perlawanan tersebut merupakan sukan pertarungan pertama diadakan di Nevada sejak wabak koronavirus melanda.

    Pertarungan sukan seni bina diri campuran UFC akan dilangsungkan di kemudahan mereka pada Sabtu, 6 Jun, sementara ketua Top Rank, Bob Arum akan melangsungkan pertarungan pada 9 dan 11 jun di MGM Grand, dengan kedua-dua pertarungan tidak akan dihadiri peminat.

    Keputusan pesuruhjaya itu dibuat menerusi panggilan konferensi, sehari selepas Gabenor Nevada, Steve Sisolak memindahkan negeri itu ke fasa kedua rancangan membuka semula termasuk acara sukan tanpa peminat setelah hampir dua bulan digantungkan sejak penularan koronavirus.

    Petinju AS yang belum pernah tewas, Southpaw feat-herweight, Shakur Stevenson, 13-0 dengan tujuh knockouts, dijangka akan berdepan dengan petinju dari Puerto Rico, Felix Felix Caraballo, 13-1 dengan dua kali seri dan sembilan knockouts, pada 9 Jun dalam pertarungan tinju.

    UFC telah mengadakan pertarungan sebanyak tiga kali awal bulan ini di Florida dengan menggunakan ujian dan protokol keselamatan COVID-19 dan telah bekerjasama dengan pesuruhjaya untuk mewujudkan operasi rancangan pertarungan di Nevada, sementara butiran rancangan Top Rank sedang dimuktamadkan.

    Peserta-peserta UFC akan menjalani ujian sejurus tiba di Las Vegas dan sekali lagi selepas menimbang berat badan sehari sebelum pertarungan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda