NEW DELHI, 3 NOV – Ibu negara India, New Delhi dilanda jerebu toksik, hari ini, pada tahap terburuk sejak beberapa tahun sehingga banyak penerbangan sama ada dialihkan atau ditangguhkan, ketika ahli politik saling menuding jari di arah satu sama lain kerana gagal menangani krisis itu.
Pada setiap musim sejuk, bandar mega dengan 20 juta penduduk itu diselubungi jerebu asap kenderaan, asap industri dan asap hasil pembakaran sisa tanaman di ladang beberapa negara jiran.
Kepekatan zarah halus berukuran kurang 2.5 mikron mencapai tahap tertinggi, musim ini, diburukkan lagi dengan kurang hujan yang turun, lewat semalam, menurut Sistem Ramalan dan Penyelidikan Cuaca Kualiti Udara (SAFAR).
Paras bacaan bahan pencemar atmosfera mencecah 810 mikrogram satu meter padu di zon berbahaya, pagi tadi, menurut kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Delhi yang melakukan pemantauan bebas. – AFP
