NOIDA, India, 2 Julai – Untuk menyejukkan badan dalam cuaca panas teruk di Delhi adalah kerja yang sukar – tanyakan Shreeram Yadav, penyelia di sebuah kilang yang membekalkan bandar India itu dengan bertan-tan ais setiap hari.
Yadav bekerja keras bersama-sama lima puluh orang pekerja di dalam hangar gelap dan lembap di Noida yang terletak tidak jauh dari bandar, bergegas untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah di pasaran dan kedai-kedai kecil yang dikunjungi oleh 20 juta penduduk Delhi.
“Sesetengah orang akan membeli 50 bongkah, ada yang akan membeli 10, sebilangan pula lima dan ada yang 25,” dia memberitahu wartawan ketika berehat dari kerja yang menjerihkan.
“Mereka pergi di mana-mana, dan ia dijual dalam kuantit berbeza-beza. Kami menjualnya kepada para pengedar dan kemudian para pengedar akan menjualnya dalam kepingan.”
Proses adalah kaedah terkini. Para pekerja terlebih dahulu akan mengisi kontena besar segi empat tepat, yang agak berkarat di bahagian luarnya, dengan air yang telah ditapis.

Sebaik ditutup, bekas-bekas itu disimpan selama 24 jam di dalam tangki besar yang berisi air masin, yang mempunyai takat beku lebih rendah daripada air biasa dan disejukkan dengan ammonia.
Kontena-kontena itu kemudian dikeluarkan dan para pekerja mengeluarkan bongkah ais, setiap satu seberat kira-kira 50 kilogram.
“Kapasiti keseluruhan tangki-tangki ialah 1,100 bongkah ais. Sebanyak 55 liter air diperlukan untuk memenuhkan satu tangki dan mendapat satu keping ais,” kata Babloo, pengurus kilang itu.
“Terdapat gelung dalam tangki-tangki dan motor terus memutar air garam di dalam. Suhu perlu 10 darjah Fahrenheit untuk membekukan air,” Yadar menjelaskan.
Sebaik saja dikeluarkan blok-blok dipindahkan dan diluncurkan dengan tong logam besar di sepanjang lantai memasuki belakang lori-lori pelanggan yang menanti, setiap ketul berharga 130 rupees. – AFP