Friday, April 25, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Jersey isytihar perintah darurat, susulan kebakaran hutan

    NEW YORK, 24 APRIL – Kebakaran hutan yang bermula pada petang Selasa di New Jersey merebak pantas sehingga memusnahkan lebih 4,600 hektar kawasan menjelang kelmarin, memaksa pengisytiharan darurat dan pemindahan ribuan penduduk, lapor Xinhua.

    Pemangku Gabenor New Jersey, Tahesha Way mengisytiharkan darurat bermula 7 pagi kelmarin.

    Beliau turut memaklumkan tiada kematian atau kerosakan struktur yang dilaporkan se-takat ini.

    Menurut Perkhidmatan Kebakaran Hutan New Jersey, kebakaran yang dikenali sebagai Jones Road Wildfire tercetus di kawasan Pengurusan Hidupan Liar Greenwood Forest di Ocean County, sebelum merebak dan memusnahkan 3,400 hektar. – Bernama

    Asap menyelubungi langit daripada kebakaran hutan di Lacey Townships, pada 22 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda