Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Orleans laksana perintah berkurung

    WASHINGTON, 1 SEPT – Perintah berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans ekoran Hurikan Ida membadai bandar raya itu, kata Datuk Bandar, LaToya Cantrell.

    “Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi (CDT) berkuat kuasa serta-merta,” kata Cantrell semalam, lapor Sputnik. Sementara itu, Ketua Polis New Orleans, Shaun Ferguson mengingatkan penduduk yang berpindah agar tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya.

    Ferguson berkata jalan raya masih dipenuhi sampah sarap dan berbahaya untuk pemanduan waktu malam kerana lampu isyarat tidak berfungsi. Hurikan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda