NEW YORK, 3 Jan – Bandaraya New York merancang untuk memasang 1,500 penghadang keselamatan baru di lokasi berprofil tinggi untuk mengawal serangan kenderaan dan kejadian yang berkaitan dengan keganasan.
Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan rancangan itu pada sidang akhbar yang diadakan di Times Square hari ini.
Beliau berkata penghadang itu akan menggantikan beberapa kiub konkrit dan halangan yang telah ditetapkan sebagai langkah sementara berhampiran kawasan pejalan kaki.
De Blasio berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha bandar itu untuk membelanjakan AS$50 juta dolar di kawasan awam yang terdedah kepada serangan.
Bandaraya New York telah melaporkan berita mengenainya beberapa kali pada tahun lepas.
Pada 11 Disember lalu, empat orang cedera selepas seorang lelaki melepaskan alat peledak yang telah diubahsuai di hab komuter tersibuk di bandar berhampiran Times Square semasa waktu sibuk.
De Blasio menamakan kejadian itu sebagai serangan pengganas.
Pada 31 Oktober, lapan orang terbunuh dan sebahagiannya cedera selepas sebuah trak merempuh pejalan kaki berhampiran Pusat Dagangan Dunia.
Pada 18 Mei, seorang terbunuh dan 22 yang lain cedera apabila sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki di Times Square. – Xinhua