Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    New York Knicks menang 115-86

    NEW YORK, 30 Nov – Enes Kanter mencatatkan 22 mata dan 14 rebounds untuk membantu pasukan New York Knicks menewaskan Miami Heat 115-86 semalam biarpun kehilangan Kristaps Porzingis lebih awal dalam perlawanan tersebut kerana kecederaan buku lali.

    Courtney Lee menambah 17 mata bagi pasukan Knicks, yang berjaya menghentikan tiga kekalahan berturut- turut. Kanter dan Lee mengambil tempat selepas pemain penyerang, Porzingis, penjaring keempat terbaik dalam NBA, mengalami kecederaan buku lali kanan kurang dari tiga minit dalam persaingan.

    Porzingis bergelut mendapatkan bola liar. Buku lalinya mengalami kecederaan dan mengenai gelanggang, terbaring di atas sana selama beberapa minit sebelum dibawa ke bilik persalinan.

    Pasukan Knicks berkata x-ray yang dilakukan di sana adalah negatif, dan juga menambah bahawa dia boleh beraksi.

    Tetapi pasukan New York dengan segera melebarkan kutipan mata besar dan tidak perlu untuk membawa masuk kembali pemain berbadan besar dari Latvia itu, yang dilaporkan oleh pasukan akan terus melakukan kayuhan basikal pemanasan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda