NEW YORK, 30 MEI – The New York Times telah bersetuju dengan satu perjanjian yang membolehkan Amazon menggunakan kandungan datanya bagi melatih model kecerdasan buatan (AI), menurut akhbar terkemuka Amerika Syarikat itu kelmarin, dalam perjanjian pelesenan AI generatif pertamanya.
Beberapa kumpulan media lain turut memeterai perjanjian serupa dengan syarikat teknologi utama.
Namun, The New York Times sebelum ini enggan membenarkan kandungannya digunakan dalam perlumbaan pembangunan AI.
Akhbar tersebut kini sedang menyaman pesaing Amazon, OpenAI, atas dakwaan pelanggaran hak cipta menggunakan kandungan mereka untuk melatih chatbot AI generatif ChatGPT tanpa kebenaran.
Amazon sedang menambah teknologi AI ke dalam pembantu suara, Alexa dan perjanjian itu telah membuka laluan untuk kandungan The New York Times untuk digunakan dalam Alexa serta peranti yang berkaitan dengannya. – AFP


