Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Zealand akan batal larangan teknologi gen

    WELLINGTON, 13 OGOS – New Zealand akan menamatkan larangan hampir 30 tahun terhadap teknologi gen di luar makmal untuk membawa manfaat kesihatan, produktiviti dan iklim kepada rakyat negara itu.

    Perundangan dijangka dibentang di Parlimen menjelang akhir tahun, menghapuskan sekatan kawal selia yang telah wujud sejak 30 tahun lalu dan melaksanakan kawalan selia khusus bagi menyelia penggunaan teknologi gen dan mengurus potensi risiko, kata Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Judith Collins hari ini.

    Langkah itu membolehkan para penyelidik dan syarikat-syarikat membangunkan dan mengkomersialkan lagi produk inovatif mereka, kata Collins, sambil menambah ia akan membantu rakyat New Zealand untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik seperti terapi sel T CAR bagi merawat beberapa jenis kanser dengan berkesan, dan membantu petani dan penanam mengurangkan pelepasan dan meningkatkan produktiviti.

    Sektor bioteknologi New Zealand, di mana teknologi gen membentuk sebahagian daripada sektor, memperoleh pendapatan 2.7 bilion dolar NZ (AS1.63 bilion) pada 2020, menurut statistik kerajaan.

    Peraturan-peraturan ketat dan proses yang memakan masa telah menjadikan penyelidikan di luar makmal hampir mustahil, menyebabkan New Zealand ketinggalan, kata Collins, sambil menambah perubahan berkenaan akan membawa New Zealand kepada amalan terbaik global dan memastikan negara dapat memanfaatkan faedahnya.

    Perundangan baharu itu akan berdasarkan Akta Teknologi Gen Australia 2000, yang akan diubah suai untuk berfungsi di New Zealand, kata menteri itu, sambil menambah undang-undang itu dijangka diluluskan dengan kawalan selia beroperasi menjelang akhir 2025. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda