Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    New Zealand dilanda hujan lebat

    WELLINGTON, 27 JAN – Paras air yang semakin meningkat membanjiri rumah dan jalan di seluruh bandar terbesar New Zealand pada Jumaat, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Penduduk Auckland seramai kira-kira 1.6 juta orang telah diberi amaran oleh Pertahanan Awam supaya berlindung ketika hujan lebat melanda.

    Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) menyatakan sebahagian kawasan di Auckland menerima hampir 80 peratus taburan hujan berbanding pada musim panas biasa.

    Sementara itu, pihak Bomba dan Kecemasan berkata anggotanya menerima lebih 1,000 panggilan kecemasan daripada mangsa yang terjejas. – Bernama

    Pekerja kecemasan dan seorang lelaki mengharungi air banjir di Auckland, New Zealand, akibat daripada hujan lebat berpanjangan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda