WELLINGTON, 31 OGOS – Sekolah di Auckland dibuka semula hari ini ketika bandar terbesar di New Zealand mula melonggarkan sekatan perintah berkurung, dengan Perdana Menteri Jacinda Ardern menyatakan keyakinan gelombang kedua wabak COVID-19 terkawal. Walaupun penduduk Auckland diizinkan keluar dari rumah mereka, kerajaan menghadkan pertemuan sosial selain dari sekolah di bandar itu kepada 10 orang