New Zealand roboh patung kolonis

HAMILTON, NEW ZEALAND, 12 JUN – Bandar Hamilton di New Zealand hari ini merobohkan sebuah patung komander tentera jajahan yang dinamakan sempena bandar tersebut, menyertai senarai tempat di seluruh dunia yang menghitung era lampau mereka.

Sebuah kren mengangkat patung gangsa Kapten John Fane Charles Hamilton dari dataran bandar selepas permintaan daripada penduduk tempatan Maori dan ugutan daripada pembantah antiperkauman untuk merobohnya.

Majlis Perbandaran Hamilton mengakui perobohan patung merupakan sebahagian kempen untuk menghapus tugu peringatan ‘yang dilihat sebagai melambangkan ketidakharmonian dan penindasan budaya’ yang dicetuskan oleh bantahan antiperkauman global.

“Saya kenali ramai orang yang mendapati patung itu menimbulkan masalah.” “Kami tidak boleh tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Pada masa apabila kami cuba membina toleransi dan pemahaman..Saya tidak fikir patung membantu kami merapatkan jurang berkenaan.”

Hamilton ialah komander tentera laut yang menentang penduduk asli Maori yang mempertahankan tanah mereka daripada jajahan British pada abad ke-19.

Beliau meninggal dunia dalam Pertempuran Pukehinahina, atau Pagar Pa, pada 1864, apabila sekumpulan Maori dalam sebuah kubu berjaya menangkis serangan tentera British, meskipun bilangan mereka adalah kurang. – AFP

Pekerja merobohkan patung Kapten John Fane Charles aHamilton dari Dataran Civic di Hamilton kelmarin berikutan permintaan formal oleh Waikato-Tainui iwi. – AFP