Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Newcastle bangkit daripada ketinggalan

    NEW YORK, 24 JULAI – Callum Wilson berjaya menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila Newcastle bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk meraih keputusan seri 3-3 dengan Aston Villa dalam perlawanan persahabatan pra-musim Liga Perdana di Philadelphia, semalam.

    Newcastle, pasukan pilihan mengejut Liga Perdana musim lepas selepas berjaya menduduki tangga keempat dan mendapatkan tiket ke Liga Juara-Juara, terkejut awal apabila Villa mendahului selepas hanya tujuh minit menerusi Ollie Watkins. Pemain Villa, Emi Buendia, melakukan larian cemerlang yang memecahkan pertahanan Newcastle sebelum memberikan umpan kepada Watkins yang mengawal bola dengan baik dan melepaskan rembatan rendah ke dalam gawang. Buendia menggandakan pendahuluan Villa empat minit kemudian dengan penyudah yang pantas untuk menewaskan penjaga gol Newcastle Martin Dubravka dan menjadikan kedudukan 2-0.

    Namun, Newcastle bangkit semula pada minit ke-28 apabila rembatan jauh Jacob Miller mengejutkan pertahanan Villa, membolehkan Elliot Anderson mengawal bola sebelum menjaringkan gol pada sudut rendah.

    Pasukan Magpies yang akan berentap dengan Villa dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana pada 12 Ogos nanti, menyamakan kedudukan menjelang separuh masa pertama apabila penyerang antarabangsa Sweden, Alexander Isak, menyudahkan rebound dari jarak dekat. – AFP

    Callum Wilson berjabat tangan dengan Penjaga gol Aston Villa pada perlawanan di Philadelphia, Pennsylvania, 23 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...