Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle belasah Everton

    LIVERPOOL, 28 APRIL – Newcastle United semakin hampir melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas menewaskan Everton 4-1 di stadium Goodison Park semalam.

    Skuad Eddie Howe tidak beraksi pada tahap terbaik tetapi tetap sukar dicabar Toffees yang menyaksikan Callum Wilson menjaringkan dua gol.

    Joelinton dan Jacob Murphy turut menemui sasaran untuk meletakkan Newcastle lapan mata di depan pasukan di tangga kelima Aston Villa dengan berkelebihan satu perlawanan.

    “Babak pertama tidak sempurna tetapi aksi selepas rehat sangat bagus, kami jaringkan beberapa gol menarik,” kata Howe.

    “Di babak kedua, kami benar-benar menguasai padang dan menunjukkan kemampuan sebenar.”

    Everton masih kekal di zon penyingkiran, dua mata di bawah zon selamat dan berdepan tugas sukar untuk mengekalkan kedudukan selama 69 tahun dalam saingan liga tertinggi Inggeris.

    Tiada pasukan menjaringkan paling kurang gol berbanding Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan mereka sekali lagi dihukum akibat ketumpulan penyudah walaupun bermula dengan baik.

    “Perlawanan berubah pada babak kedua dan itu yang kami perlu ubah,” kata pengurus Everton, Sean Dyche. “Ketika 2-0, ia sukar tetapi awda masih dalam perlawanan dan reaksi kami terhadapnya terlalu perlahan.”

    Sementara itu, Newcastle meledak lima gol dalam tempoh 21 minit ketika menewaskan Tottenham 6-1 pada Ahad lalu. – AFP

    Pemain Newcastle meraikan selepas Jacob Murphy (tengah) meledak gol keempat pasukan semasa menentang Everton di stadium Goodison Park di Liverpool pada 27 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda