Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Newcastle jadi tumpuan di Liga Perdana Inggeris

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 4 JAN – Tiga bulan selepas pengambilalihan kontroversi oleh yayasan Arab Saudi diberikan lampu hijau oleh Liga Perdana Inggeris (EPL), NEwcastle kini mempunyai peluang untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari ini.

    The Magpies sangat memerlukan penambahbaikan dalam pasukan untuk kekal bersaing di EPL setelah hanya memenangi satu daripada 19 perlawanan musim ini.

    Dua perlawanan terakhir Newcastle telah ditangguhkan kerana mereka tidak dapat menurunkan pasukan pemain senior dengan cukup kerana jangkitan koronavirus dan senarai kecederaan yang panjang.

    Ini bakal menentukan siapa yang akan berhijrah ke St. James’ Park dalam tempoh 27 hari akan datang.

    Pemain pertahanan dijangka dalam senarai pembelian yang dikehendaki selepas Newcastle mencatatkan rekod 80 gol dalam Liga Perdana pada 2021, 42 daripadanya datang dari musim ini.

    Pemain bek kanan antarabangsa England, Kieran Trippier dilaporkan semakin hampir menyertai pasukan dengan yuran perpindahan sekitar AS$34 juta dari Atletico Madrid, selain Sven Botman dari Lille turut menjadi sasaran.

    “Trippier adalah seorang pemain yang menakjubkan dan telah banyak memberi sumbangan kepada pasukan. Kami ingin mengekalkan dia bersama kami,” kata pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone selepas kemenangan 2-0 ke atas Rayo Vallecano pada Ahad lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...