Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle julang Piala Liga tundukkan Liverpool

    LONDON, 17 MAC – Newcastle menamatkan kemarau trofi selama 56 tahun mereka dengan bergaya mengesahkan kemenangan 2-1 menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga kelmarin.

    Skuad bimbingan Eddie Howe mencipta sejarah di Wembley dengan persembahan hebat yang membuatkan pendahulu Liga Perdana itu terkejut.

    Burn meletakkan Newcastle di hadapan pada lewat separuh masa pertama dan gol ke-27 Isak dalam semua pertandingan menggandakan kelebihan mereka selepas rehat.

    Federico Chiesa membalas satu gol pada saat-saat akhir, tetapi Newcastle bertahan untuk memenangi torfi pertama mereka sejak Piala Inter-Cities Fairs 1969.

    Kejayaan yang dinanti-nantikan Newcastle akan kekal selama-lamanya dalam ingatan penyokong yang menjadikan separuh stadium Wembley menjadi lautan hitam putih yang bergelora dengan sorakan mereka.

    Ia juga merupakan hadiah domestik utama pertama Newcastle sejak 70 tahun lalu hingga Piala FA 1955.

    Newcastle pernah tewas dalam perlawanan akhir Piala Liga 2023 menentang Manchester United dan kini pasukan Howe kembali ke Wembley dan merampasnya kembali.

    Terima kasih kepada kepimpinan bijak Howe dan sokongan kewangan Saudi, Newcastle telah berubah daripada calon penyingkiran kepada pemenang piala.

    Sementara itu, kekalahan Liverpool menjadi satu lagi tamparan pedih selepas beberapa hari tersingkir di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara ditewaskan Paris Saint-Germain.

    Tetapi Liverpool masih berada di hadapan 12 mata di puncak Liga Perdana dan 23 mata di hadapan Newcastle yang berada di tangga keenam dalam liga dan tidak pernah tewas kepada mereka selama 17 perlawanan sejak 2015.

    Tetapi anak buah Howe tidak berasa takut dengan kegagalan masa lalu

    Mereka menyahut cabaran dengan cara yang menakjubkan, melakukan terjahan dan serangan balas dengan tujuan, manakala Liverpool agak hambar dalam penguasaan bola.

    Dibiarkan tanpa diawasi, Burn dibenarkan menanduk bebas ke sudut gawang tanpa dicabar setelah menerima tendangan sudut Tripper menghasilkan gol pendahuluan.

    Dengan Mohamed Salah yang kurang beraksi, The Reds lesu tidak berupaya membalas apabila Isak meletakkan Newcastle ke hadapan selepas 52 minit menerusi jaringan Isak menumpaskan Kelleher setelah menerima tandukan ke tengah oleh Jacob Murphy.

    Jaringan Chiesa pada masa kecederaan cuba mencetuskan kecemasan, tetapi gagal mengubah keputusan untuk pemain dan peminat Newcastle meraikan kemenangan di seluruh Wembley. – AFP

    Newcastle meraikan kemenangan Piala Liga setelah menewaskan Liverpool di Stadium Wembley di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda