LONDON, 26 OGOS – Tottenham hanya perlu menyalahkan diri sendiri selepas kejutan tewas 1-0 di laman sendiri kepada Newcastle menurut pengurus Mauricio Pochettino, yang enggan menyalahkan penalti lewat permainan yang tidak diberikan kepada pasukan itu.
Jaringan pertama Joelinton buat Magpies memberikan skuad kendalian Steve Bruce kelebihan pada babak pertama dan seterusnya bertahan untuk mendapat mata pertama musim ini.
“Ia mudah (untuk membuat analisis), kami tidak bermain baik. Saya amat kecewa mengenai persembahan kami dan keputusan yang kami terima,” kata Pochettino.
“Sekali lagi kami melepaskan gol mudah pada babak pertama dan kemudian ia menjadi sukar. – AFP