Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle sah milik konsortium Arab Saudi

    LONDON, 8 OKT – Konsortium yang dipimpin Arab Saudi mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United (gambar) kelmarin walaupun diberi amaran oleh Pengampunan Antarabangsa di mana perjanjian tersebut melambangkan ‘sportwashing’ bagi rekod hak asasi manusia negara Teluk tersebut.

    Kelab itu berkata, mereka sudah menyelesaikan isu undang-undang yang pada awalnya menangguhkan pengambilalihan bernilai 300 juta pound dan ‘menerima jaminan yang sah’ bahawa pemerintah Arab Saudi tidak akan mengawal kelab itu.

    “EPL, Newcastle United dan St James Holdings Limited hari ini menyelesaikan perselisihan mengenai pengambilalihan kelab oleh PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

    “Selepas tamatnya urusan pemilikan terdahulu dan pengarah selesai, kelab sudah dijual kepada konsortium berkuat kuasa serta merta.

    Gabenor Dana Pelaburan Awam (PIF) Yasir Al-Rumayyan berkata, “Kami sangat bangga menjadi pemilik baharu Newcastle United, salah satu kelab paling terkenal dalam bola sepak Inggeris. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda