Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle tersingkir dari Liga Juara-Juara

    NEWCASTLE, 14 DIS – AC Milan dan Newcastle tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada awal pagi hari ini selepas kemenangan 2-1 pasukan Itali itu di St. James’ Park yang memastikan Paris Saint-Germain dan Kylian Mbappé layak ke pusingan 16.

    Milan sekurang-kurangnya merangkul hadiah saguhati apabila gugur ke pusingan playoff Liga Europa selepas gol minit ke-84 Samuel Chukwueze mengangkat AC Milan di atas Newcastle ke tempat ketiga Kumpulan F.

    AC Milan berkongsi PSG dengan lapan mata selepas enam perlawanan kumpulan, tetapi menamatkan saingan di belakang pasukan Perancis itu dengan rekod ‘head-to-head’ yang rendah.

    “Ia satu pencapaian besar,” kata Christian Pulisic, yang menyamakan kedudukan untuk Milan pada minit ke-59 untuk menjadi pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS)  pertama yang menjaringkan gol untuk tiga pasukan berbeza dalam Liga Juara-Juara, selepas Borussia Dortmund dan Chelsea.

    “Kami mempunyai peluang untuk memenangi pertandingan yang hebat. Sudah tentu kami mahu meneruskan Liga Juara-Juara tetapi kami tidak sabar untuk bersaing dalam Liga Europa.”

    Kempen Liga Juara-Juara pertama Newcastle dalam tempoh 20 tahun dan yang pertama di bawah pemilikan Arab Saudi, berakhir dengan kekecewaan apabila ia menduduki tangga terbawah kumpulan yang sukar dan keluar dari Eropah sama sekali, seperti Manchester United pada kelmarin.

    Ia adalah satu tamparan hebat kepada kelab tersebut dengan status baharunya sebagai potensi pengganggu bagi golongan elit yang sudah mampan. Jangkaan Newcastle, yang mempunyai pemilik terkaya dalam bola sepak kelab berikutan pengambilalihan 2021 oleh dana kekayaan kerajaan Arab Saudi, akan menjadi kuasa dalam bola sepak Eropah untuk tahun-tahun akan datang, tetapi ia tidak akan berlaku musim ini.

    “Kami benar-benar merasa hancur untuk tidak meneruskannya,” kata pengurus Newcastle Eddie Howe. – AP

    Reaksi Joelinton dari Newcastle selepas pemain AC Milan Samuel Chukwueze menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara kumpulan F antara Newcastle United dan AC Milan di St. James’ Park, di Newcastle, England, awal pagi tadi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda