Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle tiada jaminan dana beli pemain baharu

    LONDON, 29 DIS – Eddie Howe tidak diberi jaminan bahawa pemilik Newcastle dari Saudi akan membenarkannya menyelesaikan masalah pasukan dengan berbelanja untuk pemain baharu pada jendela perpindahan Januari.

    Skuad Howe kini merosot di tangga kesembilan dalam Liga Perdana dan telah tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada penghujung 2023 yang memalukan.

    Pasukan The Magpies itu akan berkunjung ke laman pendahulu Liga Perdana, Liverpool pada awal Tahun Baharu setelah tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    Newcastle telah melabur sekitar AS$509 juta dalam empat jendela perpindahan sejak mereka menguasai kelab itu.

    Buat pertama kali dalam pengurusan kelab, Howe yang berusia 46 tahun mengakui dia tidak diminta untuk menjangkakan suntikan tunai tambahan pada Januari.

    “Tidak, kami tidak mempunyai jaminan itu,” kata Howe kepada pemberita hari ini. “Saya rasa ia adalah bulan yang mencabar, seperti yang selalu kami katakan apabila tiba bulan Januari.

    “Saya minta maaf jika saya kedengaran seperti mengatakan perkara yang sama, tetapi ia adalah bulan yang sangat sukar untuk membawa masuk pemain berkualiti,” ujarnya. – AFP

    Reaksi Howe pada penghujung perlawanan Liga Perdana Inggeris di Kenilworth Road di Luton, utara London. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda