Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    NewJeans buat ‘rebranding’, umum nama baharu

    Ahli NewJeans sepakat memilih nama baharu selepas kumpulan mereka terpalit kontroversi bersama pihak pengurusan lama iaitu ADOR.

    NewJeans yang terdiri daripada Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein mengumumkan mereka menjenamakan semula kumpulan itu sebagai NJZ.

    Perkara itu diumumkan pengurusan baharu mereka iaitu ComplexCon menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar menantikan kemunculan mereka selepas menukar nama baharu.

    “Nampaknya NJZ akan kembali dengan lebih hebat! Ini akan menjadi salah satu masa paling epik dalam sejarah K-pop,” antara komen warganet.

    NJZ akan membuat persembahan di bawah nama baharu mereka buat kali pertama di ComplexCon.

    Acara itu dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Mac depan di Hong Kong.

    Malah kumpulan itu juga sedang bersiap untuk menayangkan lagu baharu mereka pada acara berkenaan.

    Untuk rekod, kontrak NewJeans dan ADOR ditamatkan pada November lalu. – Agensi

    NewJeans pilih nama NJZ. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda