Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar bakal beraksi semula

    DOHA, 5 DIS – Neymar bakal membuat penampilan semula pada pagi Selasa untuk membantu Brazil mencari gelaran juara Piala Dunia keenam menentang Korea Selatan.

    Bintang penyerang, Neymar sebelum ini tidak dapat bermain untuk Brazil kerana mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Serbia pada bulan lalu.

    Jurulatih Brazil, Tite berkata Neymar akan diuji semasa sesi latihan terakhir Brazil pada Ahad, sambil memberikan bayangan bahawa pemain penyerang Paris Saint-Germain itu sudah cukup cergas untuk bermain.

    “Dia akan turun berlatih pada petang ini dan jika dia OK, dia akan bermain esok,” kata Tite kepada wartawan.

    Kepulangannya akan menjadi pemangkin yang besar untuk Brazil yang hanya mampu menjaringkan satu gol sejak Neymar tercedera.

    Manakala, Korea Selatan sebelum ini pernah mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini 20 tahun lalu semasa berkongsi tempat dengan Jepun, yang akan beraksi menentang Croatia pada Isnin.

    Korea Selatan tidak pernah mencapai peringkat kalah mati sejak 2010 namun akhirnya berjaya masuk ke kelompok 16 terakhir di Qatar atas sumbangan Hwang Hee-chan yang menjaringkan gol pada masa kecederaan dalam perlawanan menentang Portugal.

    “Kami masih ingat momen 2002, berjaya mara sehingga ke empat terakhir dan kami mahu mengulanginya semula,” kata pemain tengah Korea, Kim Jin-su, yang pada ketika itu baru berumur 10 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda