Neymar berdepan penggantungan

PARIS, 24 FEB – Edison Cavani mencipta rekod sendiri setelah berjaya menjaringkan gol ke-200 untuk kelab Paris Saint-Germain, manakala permain pertahanan Marquinhos berjaya menjaringkan dua gol, yang mana pendahulu Ligue 1 tersebut berjaya bangkit dari kekalahan saingan Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund dengan mengalahkan Bordeaux 4-3 Ahad lalu, tetapi perlawanan tersebut dibayangi oleh layangan kad merah buat Neymar pada akhir perlawanan.

Selepas kekalahan 2-1 di tangan kelab Jerman pertengahan minggu lalu, pertahanan PSG sekali lagi menampakkan kelemahan selepas pemain Korea Selatan, Hwang Ui-Jo berjaya meletakkan Bordeaux di hadapan di Stadium Parc des Princes.

PSG berjaya menukar kedudukan apabila Cavani dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan satu gol dan dua gol dari Marquinhos, tetapi pertahanan PSG berjaya dibolosi oleh pemain pertahanan Brazil, Pablo dan sepakan Ruben Pardo membuatkan pasukan tuan rumah terpaksa bertahan mengekalkan kedudukan.

Di saat-sat akhir perlawanan, pemain termahal dunia Neymar diarahkan keluar padang setelah dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran terhadap Yacine Adli, dan Neymar kini berdepan dengan hukuman pengantungan.

“Dia (Neymar) adalah seorang manusia juga, dan dia merasa marah. Pemain yang membuat kekasaran sebelum beliau tidak dikenakan hukuman, ia begitu pelik,” komen jurulatih PSG, Thomas Tuchel mengenai arahan keluar padang Neymar.

Bercakap mengenai kerisauan masalah pertahanan, Tuchel berkata “Kami telah dibolosi sebanyak tujuh gol daripada dua perlawanan liga dan itu bukan satu kebiasaan. Susah untuk mengembalikan keyakinan, tetapi perkara yang terbaik dilakukan ialah memenangi perlawanan. Kami akan mula membina dari sana.”

Piala domestik dilihat menjadi sesuatu yang pasti dimenangi, tetapi mereka pasti akan merasa kosong jika sekiranya kelab tersebut gagal untuk menukar kedudukan ketika menentang Dortmund apabila mereka bakal bertemu pada 11 Mac nanti.

Tuchel yang menerima kritikan selepas perlawanan Selasa lalu, termasuk kritikan Neymar terhadap layanan yang diterimanya semasa mengalami kecederaan.

Tuchel mengakui beliau kurang bangga dengan pasukan kendaliannya selepas tular video di sosial media memaparkan pemain-pemainnya berpesta pada malam Khamis lalu untuk menyambut hari ulang tahun Cavani, Angel Di Maria dan Mauro Icardi. – AFP

Aksi pemain termahal dunia, Neymar ketika beraksi menentang Bordeaux Ahad lalu dibayangi oleh kad kuning kedua dan kini berdepan dengan hukuman penggantungan. – AP