MIAMI, 30 Julai – Rakan sepasukan bintang Barcelona berkata mereka telah menggesa Neymar (gambar) melawan tarikan untuk berpindah ke Paris St Germain (PSG) selepas satu pertengkaran dengan pemain baru, Nelson Semedo.
Gergasi Perancis itu dijangka bersedia untuk melancarkan rekod AS$256 juta untuk Neymar, mencetuskan kembimbangan terhadap gergasi Sepanyol itu.
Pemain Brazil berusia 25 tahun itu meluru keluar dari padang latihan dalam keadaan marah dan masih belum menjamin masa depannya dengan Barcelona menjelang berakhirnya jendela perpindahan, masih ada sebulan lagi.
“Ia benar, sesuatu telah terjadi, tetapi kadangkala ia biasa terjadi di dalam latihan,” kata pemain Barca, Andres Iniesta.
“Semua topik mengenai Neymar sekarang ini, semuanya dibesar-besarkan. Perkara seperti ini boleh terjadi. Ia adalah keputusan peribadi untuknya, tetapi setentunya kami mahu dia kekal.”
Rakan penyerang, Luis Suarez yang telah mencipta gandingan hebat bersama Neymar, juga menyokong agar minat dari PSG itu dihentikan serta-merta.
“Lagi cepat dia menyelesaikan situasi ini, adalah lebih baik untuk kami dan dirinya. Dia perlu berkata dia bersedia dan sebagai rakan sepasukan, saya menyokongnya.
“Hubungan kami tidak berubah. Kami mahu dia kekal.”
Iniesta menambah: “Bagi saya, dia adalah pemain terbaik di dunia. Dia sudah banyak memberikan sumbangan kepada pasukan dan berharap dia akan kekal buat jangka masa yang lama.”
“Dia bernilai lebih daripada AS$200 atau AS$300 juta. Gaya permainannya sesuai dengan kami dan dia hanya dapat menjadi lebih baik bersama kami.” – AFP