Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Neymar berjaya jalani pembedahan lutut, direhatkan 8 bulan

    RIO DE JANEIRO, 3 NOV – Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri, kata petugas perubatan yang merawatnya pada kelmarin, lapor Xinhua.

    Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu.

    Beliau dijangka menjalani proses pemulihan selama enam bulan.

    “Pembedahan itu berjaya. Beliau akan kekal di hospital selama 24 atau 48 jam lagi bergantung kepada perkembangan kesihatannya,” kata doktor kepada pasukan Brazil Rodrigo Lasmar dalam satu kenyataan ringkas.

    Lasmar berkata, “langkah seterusnya adalah pemulihan dan fisioterapi”.

    Pakar berpendapat bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga lapan bulan sebelum pulih sepenuhnya, bermakna beliau mungkin terlepas Copa America yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun dan Julai tahun depan. – Bernama

    Neymar dibawa keluar padang dengan pengusung selepas cedera semasa perlawanan bola sepak kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026 menentang Uruguay di stadium Centenario di Montevideo, Uruguay, 17 Oktober 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...