Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar, Cavani terus menyerlah

    PARIS, 30 Nov – Bintang Brazil sekali lagi menyerlah dan mempersembahkan aksi yang menakjubkan selepas membantu pendahulu Liga Perancis Paris Saint-Germain membenam Troyes 2-0 dan meninggalkan 10 mata di depan Marseille.

    PSG membelasah Troyes 9-0 pada pertemuan yang lalu. Dalam perlawanan ini, Edinson Cavani gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas penjaga gol Troyes, Mamadou Samassa menepis kemas sepakan dari penyerang Uruguay itu.

    Anak buah Unai Emery sepertinya kekurangan idea dan hampir tidak mengutip tiga mata penuh pertama di laman sendiri untuk musim ini sebelum Neymar berjaya mempergunakan peluang dengan melepaskan rembatan kaki kiri untuk memecah kebuntuan pada minit ke-73.

    Cavani akhir menebus kembali selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan mengandakan jaringan pada minit akhir perlawanan yang menjadikan jumlah jaringan peribadinya menjadi 17 gol musim, penyerang Uruguay itu telah menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

    “Edi (Cavani) dan Neymar tidak mempunyai hari yang baik, tetapi mereka mampu untuk menjaringkan gol, mereka merupakan pemain yang hebat dan kami bernasib baik dengan adanya mereka dalam pasukan ini,” jelas pemain tengah PSG Marco Verrati memberitahu Canal+.

    Neymar (kiri) dan Edinson Cavani meraikan jaringan semasa perlawanan antara PSG dan Troyes yang berkesudahan PSG menang 2-0. – AP

    “Neymar merupakan salah seorang pemain yang terbaik dunia dan boleh membuat sesuatu yang baik kepada pasukan. Dia telah menjaringkan gol penting.”

    Sementara itu, dalam perlawanan lain pemain Marseille Florian Thauvian membantu pasukannya untuk menewaskan Metz dengan jaringan 3-0 dan menjadikan Marseille menduduk tangga kedua. Pasukan di bawah kendalian Rudi Garcia ini sekarang mempunyai rekod 10 perlawanan tanpa kalah, sementara Lyon dan Monaco berada dua mata di belakang.

    Thauvin menjaringkan gol awal untuk Marseille pada minit ke 18 dan pemain antarabangsa Brazil tidak mempersia-siakan peluang dengan menggandakan jaringan pada minit ke-36. Jaringan Marseille tidak berhenti di situ sahaja, pemain sayap Argentina Lucas Ocampos menjaringkan gol pada minit ke-71. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda