Sunday, June 16, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Neymar dijangka terlepas permulaan musim Liga Pro Saudi

    RIYADH, 22 MEI – Neymar dijangka terlepas permulaan musim Liga Pro Saudi yang akan datang kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut yang serius, kata jurulatih Al Hilal, kelmarin.

    Penyerang Brazil itu mengalami kecederaan pada bulan Oktober dan terlepas sebahagian besar kempen semasa, namun Al Hilal tetap memenangi liga untuk kali ke-19 yang memecahkan rekod awal bulan ini.

    Liga Saudi secara tradisinya bermula pada bulan Ogos dan bekas bintang Barcelona dan PSG itu juga akan terlepas Copa America bulan depan.

    “Apa yang saya tahu sekarang ialah tempoh pemulihan yang diberikan kepada Neymar dan dengan kecederaan serupa akan mengambil masa untuk pulih kira-kira 10 hingga 11 bulan,” kata jurulatih Al Hilal, Jorge Jesus kepada pemberita di Riyadh.

    “Jika kita kira secara matematik, dia tidak akan bersedia pada permulaan latihan pra-musim,” tambah Jesus, yang mana pasukannya masih mempunyai dua perlawanan lagi dalam kempen liga semasa.

    Neymar, 32, menjalani pembedahan di Brazil pada November untuk kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan kerosakan meniskus. Dia dibawa keluar dengan tandu sambil menangis semasa kekalahan 2-0 Brazil kepada Uruguay dalam kelayakan Piala Dunia pada Oktober lalu selepas bertembung dengan pemain lawan.

    Neymar turut hadir menyaksikan Oleksandr Usyk menewaskan Tyson Fury untuk memenangi kejuaraan tinju heavyweight dunia tanpa pertikaian pertama dalam 25 tahun di Riyadh pada Ahad. – AFP

    Neymar semasa tiba di grid sebelum permulaan Grand Prix Formula Satu Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...