Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar diketepikan daripada skuad Brazil akibat cedera

    SAO PAULO, 16 MAC – Bintang Brazil, Neymar, pada Jumaat telah disahkan tidak dapat beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Colombia dan Argentina selepas kecederaan paha menghalangnya kembali semula ke pasukan kebangsaan.

    Neymar telah hampir setahun setengah tidak beraksi untuk Brazil kerana kecederaan, tetapi dilihat semakin cergas sejak kembali ke Santos pada Februari lalu.

    Namun, dalam dua minggu lalu, dia telah dihantui oleh kecederaan paha kiri.

    Dalam hantaran di Instagram, penyerang itu meluahkan kekecewaannya kerana terpaksa terlepas perlawanan tersebut.

    “Kembali ke pasukan nampak begitu dekat, tetapi malangnya saya tidak dapat menyarung jersi paling penting di dunia buat masa ini,” tulisnya.

    “Kami telah berbincang panjang lebar dan semua orang tahu tentang keinginan saya untuk kembali, tetapi kami bersetuju bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengambil sebarang risiko dan bersedia dengan sebaik mungkin untuk memulihkan sepenuhnya kecederaan ini,” tambahnya.

    Dengan Brazil berada di tempat kelima dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan, jurulatih Dorival Junior telah memanggil kembali penjaring terbanyak Brazil dengan 79 gol itu ke pasukan yang terakhir kali diwakilinya pada Oktober 2023.

    Penyerang Real Madrid, Endrick, akan menggantikan tempatnya.

    Brazil akan menentang Colombia di Brasilia pada 20 Mac dan bertemu saingan sengit mereka, Argentina, di Buenos Aires lima hari kemudian. – AFP

    Neymar memberikan reaksi semasa perlawanan bola sepak Campeonato Paulista A1 antara Corinthians dan Santos di Arena Corinthians, Sao Paulo pada 12 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda