Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar hampir setujui kontrak baharu

    PARIS, 25 FEB – Perbincangan dengan Neymar mengenai kontrak baharu ‘berada dalam landasan betul’, sementara rundingan dengan Kylian Mbappe masih diteruskan, menurut pengarah sukan Paris Saint-Germain, Leonardo hari ini.

    Dua orang penyerang bintang juara Perancis – dua pemain paling mahal di dunia – akan tamat kontrak pada Jun 2022.

    Beberapa laporan media menyebutkan bahawa perjanjian bersama Neymar telah mencapai kata sepakat.

    “Ia dalam landasan betul,” Leonardo memberitahu stesen radio France Blue Paris. “Tetapi pada penghujungnya, kontrak akan ditandatangani apabila ia sudah ditandatangani, dan ia masih belum berlaku.”

    Mbappe, yang menyertai PSG bersama Neymar pada 2017, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda