Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar ikrar raih ‘banyak trofi’

    PARIS, 6 Ogos – Bintang super Brazil, Neymar telah menerima sambutan wira dari penyokong Paris Saint-Germain (PSG) semalam ketika dia berikrar untuk memenangi ‘banyak trofi’ susulan perpindahan rekod dunianya.

    Pemain berusia 25 tahun itu telah diperkenalkan di Stadium Parc des Princes sebelum kemenangan 2-0 ke atas Amiens dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 mereka bagi kempen baru.

    “Terima kasih! Saya sangat gembira, saya teruja untuk berada di sini bagi cabaran baru ini,” kata Neymar sambil bunga api dinyalakan dan para penyokong menyanyikan namanya berulang kali.

    “Saya mahu memenangi banyak trofi bersama anada dan saya perlukan sokongan anda untuk memenangi trofi-trofi itu,” tambah bekas bintang Barcelona dan Santos itu.

    Harapan kapten Brazil itu untuk membuat kemunculan pertama bersama kelab terjejas oleh pita merah apabila sijil perpindahan antarabangsanya tidak dihantar tepat pada masanya dengan Liga Perancis, bermakna dia terpaksa menyaksikan rakan sepasukannya dari tempat duduk.

    Bintang baru PSG, Neymar ketika diperkenalkan kepada para penyokong di Parc des Princes sebelum sepak mula PSG dan Amiens. – AFP
    Bintang baru PSG, Neymar ketika diperkenalkan kepada para penyokong di Parc des Princes sebelum sepak mula PSG dan Amiens. – AFP

    Dia tidak begitu diperlukan kerana PSG dengan mudah meraih kemenangan menerusi jaringan Edinson Cavani dan Javier Pastore.

    PSG sudah mula membalikkan wang daripada yuran perpidahan mahal Neymar pada hari Jumaat ketika dia dengan rasminya diperkenalkan sebagai pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan harga 222 juta euro (AS$264 juta).

    Kelab telah menjual lebih 10,000 jersi dengan nama Neymar dan nombor 10 di belakangnya. Membawa masuk satu juta euro.

    Mereka telah dijangka menjual 15,000 jersi lagi kelmarin, sementara 45,000 orang penyokong menyaksikan perlawanan pembukaan.

    Neymar mengakui bahawa meninggalkan Barcelona, di mana dia menjadi sebahagian daripada trio serangan berbisa bersama Lionel Messi dan Luis Suarez, ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda