RIO DE JANEIRO, 2 Jan – Neymar dinobatkan sebagai pemenang bagi trofi Samba de Ouro 2017 selepas dianugerahkan sebagai pemain bola sepak Brazil terbaik yang berpangkalan di Eropah.
Ini merupakan kali ketiga dalam masa empat tahun di mana penyerang Paris Saint-Germain merangkul anugerah itu di mana bintang Brazil itu mengatasi pemain Liverpool Philippe Coutinho dan Marcelo dari Real Madrid.
Anugerah ini ditentukan oleh undian wartawan, bekas pemain dan penyokong Internet.
Neymar menerima undian sebanyak 27.71 peratus, meninggalkan jauh pemenang tahun lepas Coutinho (16.64 peratus) dan Marcelo (14.43 peratus).
Antara pemain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah Paulinho, Casemiro, Gabriel Jesus, Willian, Malcom, David Luiz dan Ederson.
Neymar juga dinamakan sebagai pemain ketiga terbaik dunia di Anugerah Terbaik FIFA 2017 Oktober lalu, di belakang pemenang Cristiano Ronaldo dan tempat kedua Lionel Messi. – Xinhua