Saturday, February 1, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar sah kembali ke Santos

    LONDON, 31 JAN – Neymar mengesahkan kepulangannya ke kelab pertama yang disertainya, Santos dan menyatakan dia sudah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan, lapor agensi berita PA Media/dpa.

    Pengumuman rasmi dijangka dibuat hari ini, namun pemain antarabangsa Brazil berusia 32 tahun itu yang masih memegang rekod sebagai pemain bola sepak termahal dunia selepas perpindahannya bernilai AS$250 juta ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017 berkata dia tidak dapat ‘menunggu sehingga esok.’

    Dalam video yang dimuat naik kepada 64 juta pengikutnya di platform X, Neymar berkata, “Hai semua, rasanya seperti saya kembali ke masa lalu.

    “Saya bersama rakan-rakan dan keluarga dan mereka yang membantu saya menulis beberapa perkara.

    “Saya tidak dapat menunggu sehingga esok. Keluarga dan rakan-rakan saya sudah tahu keputusan saya. Saya akan menandatangani kontrak dengan Santos Futebol Clube.

    “Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh dunia yang lama menantikan detik ini,” katanya.

    “Sudah hampir 12 tahun sejak saya meninggalkan kelab ini dan rasanya seperti baru semalam.” – Bernama

    Gambar fail bertarikh 12 September 2023 menunjukkan aksi Neymar semasa perlawanan kelayakan bola sepak di stadium Nasional di Lima, Peru. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda