BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Barisan pengadil muda dan pengemaskinian terkini adalah antara ciri-ciri baru Kejohanan Bawah-12 Tahun di Padang Sintetik Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) Ahad ini.
Para pengadil, kesemuanya berusia 20 tahun ke bawah, mempunyai pengalaman di peringkat sekolah-sekolah, tetapi ini akan menjadi tugas pertama mereka di acara NFABD.
Para pengadil akan menjalani program latihan di NFABD House hari ini di bawah didikan Ketua Jabatan Pengadil NFABD, Haji Hamidon Haji Mohd Zin.
“Rancangan kami untuk mereka adalah mendidik mereka untuk menjadi pengadil liga belia di masa akan datang,” kata Pengarah Teknikal NFABD, Yvon Avry.
Penyertaan 16 buah pasukan telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan, di mana setiap pasukan akan bermain menentang sesama sendiri sekali dalam pusingan pertama.

Di pusingan kedua, empat pasukan yang menamatkan sebagai pemenang kumpulan akan bermain dalam satu kumpulan, dan sama seperti pasukan yang menamatkan di kedudukan kedua, ketiga dan keempat.
Juara adalah pasukan yang akan memenangi kumpulan pertama.
Projek Ikan Pusu (PIP) A telah memenangi edisi pertama kejohanan pada 5 September.
Orang awam dan penyokong bola sepak dialu-alukan hadir untuk menyaksikan kejohanan itu yang bermula pada jam 8 pagi.