Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    NGO saran mekanisme seragam harga barang di seluruh Sabah

    KOTA KINABALU, 17 JULAI – Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan mekanisme penyeragaman harga barangan asas bersubsidi dan tidak bersubsidi di Sabah bagi memastikan harga keperluan asas berkenaan sentiasa terkawal dan mudah dipantau.

    Presiden CFOS, Nordin Thani berkata mekanisme itu perlu memandangkan harga barangan asas berkenaan terutama yang tidak bersubsidi bukan sahaja berbeza antara daerah di Sabah, malah turut berbeza di kawasan luar bandar dan bandar di negeri itu.

    “Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, adalah baik sekiranya kerajaan memperluas lagi penyeragaman harga barangan kepada barangan yang tidak bersubsidi.

    Perbincangan juga perlu dijalankan bersama pihak industri makanan terpilih supaya mereka juga tidak menanggung kerugian dalam menghasilkan pengeluaran barangan makanan,” katanya kepada Bernama. – Bernama 

    Gambar Freepik

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda