Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    NGO tuntut bebaskan 16 aktivis

    ISTANBUL, 27 Feb – Kumpulan-kumpulan masyarakat awam hari ini menggesa untuk pembebasan seramai 16 orang termasuk seorang dermawan dan ahli perniagaan, Osman Kavala selepas dituduh mencuba untuk menggulingkan kerajaan sekali gus menyifatkannya sebagai kempen intimidasi yang dirancang.

    Kavala telah ditahan sebelum perbicaraan lebih setahun sementara aktivis Yigit Aksakoglu sudah ditahan selama tiga bulan. Mereka yang ditahan perlu dibebaskan dengan segera, menurut kenyataan gabungan 10 NGO Turki dan antarabangsa termasuk Amnesty Antarabangsa dan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Istanbul.

    “Kami, di bawah tandatangan persatuan, bersatu menentang usaha untuk menghapuskan masyakarat awam yang bebas di Turki dan menggesa untuk menamatkan kempen intimidasi yang dirancang dan tindakan undang-undang yang tidak adil ke atas para aktivis masyarakat awam di Turki,” menurut NGO tersebut. Tindakan gabungan itu dibuat seminggu selepas pihak pendakwa memohon bagi hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepada Kavala dan 15 orang yang lain kerana dituduh terkait dengan bantahan anti kerajaan 2013 yang menentang kerajaan perdana menteri Recep Tayyip Erdogan.

    Erdogan, menjadi presiden sejak 2014, secara terbuka menuduh Kavala membiayai pengganas semasa bantahan besar-besaran yang tercetus akibat rancangan kerajaan untuk membangunkan semula taman Gezi dan kemudian bantahan itu merebak ke seluruh negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda