Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ngumoha selamatkan Liverpool di minit akhir

    NEWCASTLE, 26 OGOS – Liverpool memerlukan jaringan penentu minit ke-100 daripada pemain muda berusia 16 tahun, Rio Ngumoha, untuk menewaskan Newcastle 3-2 selepas hampir mensia-siakan kelebihan dua gol menentang pasukan lawan yang beraksi dengan 10 pemain dalam aksi penuh dramatik Liga Perdana Inggeris semalam.

    Ryan Gravenberch dan pemain buruan lama Newcastle, Hugo Ekitike, masing-masing meledak gol buat juara bertahan England itu, diselangi oleh insiden kad merah Anthony Gordon selepas melakukan kekasaran ke atas Virgil van Dijk.

    Namun, di tengah suasana gamat di St. James’ Park, Newcastle bangkit menerusi jaringan Bruno Guimaraes dan William Osula, sebelum disekat oleh detik gemilang remaja sensasi Ngumoha yang sekali gus mencatat sejarah sebagai penjaring termuda dalam sejarah Liverpool.

    “Inilah juga yang menjadikan Liga Perdana Inggeris sesuatu yang istimewa,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot.

    “Mungkin ia bukan perlawanan terbaik dari segi taktikal atau corak permainan bola sepak, tetapi saya percaya setiap peminat di seluruh dunia menikmati aksi ini.”

    Kemenangan itu meletakkan Liverpool sebaris dengan Tottenham dan pencabar kejuaraan, Arsenal, yang bakal bertandang ke Anfield pada Ahad, masing-masing mengutip mata penuh daripada dua perlawanan pertama. – AFP

    Liverpool memerlukan jaringan penentu minit ke-100 daripada pemain muda berusia 16 tahun, Rio Ngumoha, untuk menewaskan Newcastle. – AP
    Rio Ngumoha menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Newcastle United di Stadium St James’ Park, Newcastle, England, pada 25 Ogos. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda