HANOI, 26 JULAI – Nguyen Xuan Phuc dipilih sebagai Presiden Vietnam untuk tempoh 2021-2026 pada Isnin semasa sesi pertama Perhimpunan Kebangsaan (NA) ke-15 di Hanoi.
Menurut agensi berita Vietnam (VNA), usul mengenai pemilihan itu disokong 483 ahli parlimen atau 96.79 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pelantikan itu akan berkuat kuasa sejurus selepas diluluskan oleh badan perundangan. Phuc, 67, berasal dari wilayah Quang Nam pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-13 dan ke-14. – Bernama