BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Penyakit diabetes boleh mendatangkan pelbagai komplikasi seperti strok, kegagalan buah pinggang dan kerosakan saraf.
Oleh itu, tabiat memakan makanan dan minuman manis haruslah dikawal untuk kesihatan tubuh.
Namun sedarkah anda bahawa anda mungkin telah mengambil gula secara berlebihan? Berapa banyak gula yang telah anda ambil dalam sehari?
Kini terdapat cara yang lebih mudah untuk membantu anda melangkah ke arah gaya hidup rendah gula selain mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian iaitu dengan mengamalkan meminum NH Gluco-K.
NH Gluco-K merupakan teh campuran botani semula jadi yang dihasilkan melalui inspirasi sumber perubatan Ayurveda, mengandungi daun Gymnema, peria, teh hijau dan daun Stevia. Gabungan kesemua herba botani ini dapat membantu mengurangkan risiko seseorang daripada mendapat diabetes.

Daun Gymnema membantu menangani keinginan untuk memakan makanan manis dan mengurangkan penyerapan gula dalam badan secara alami. Manakala, peria dan daun Stevia membantu mengimbangi gula dalam darah.
Dengan aroma dan rasa yang mendamaikan, teh ini sesuai bagi semua golongan, sama ada individu yang sihat mahupun penghidap diabetes.
Jadikan NH Gluco-K sebagai sebahagian daripada diet seimbang anda dan amalkanlah pengambilannya sejurus selepas makan.
Diperbuat daripada ramuan-ramuan semula jadi, NH Gluco-K bebas bahan kimia tambahan, gula dan ubatan.
Sayangi keluarga, kurangkan gula dan amalkan NH Gluco-K untuk kehidupan yang lebih sihat.