Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ni-Ki jadi anggota ENHYPEN keenam positif Covid-19

    Selepas lima anggota kumpulan ENHYPEN disahkan positif COVID-19 pada 2 September lalu, kini tiba pula giliran ahli terakhir iaitu Ni-Ki dijangkiti virus berkenaan.

    Menerusi kenyataan daripada agensi Belift Lab, Ni-Ki disahkan positif pada 5 September.

    “Anggota ENHYPEN iaitu Ni-Ki disahkan positif Covid-19 ketika menjalani kuarantin kendiri.

    “Syarikat kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka dapat pulih sepenuhnya,” kata agensi tersebut.

    Terdahulu lima anggota ENHYPEN iaitu Jungwon, Heeseung, Jay, Jake dan Sunghoon dikesan positif COVID-19.

    Ni-Ki menjalani kuarantin secara berasingan daripada ahli kumpulan yang lain.

    Dalam pada itu ENHYPEN terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka buat sementara waktu.

    Peminat juga turut mendoakan agar ahli kumpulan tersebut diberi kesembuhan segera. – Agensi

    Ni-Ki disahkan positif dijangkiti COVID-19 pada 5 September lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda